Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Datang dan terima kasih kerana melayari blog ini...

Sebagai pengenalan, 'Quality and Quantity', adalah merupakan kata-kunci yang digunakan kepada program Qua-Qua
yang dilaksanakan bersama orang ramai yang terdiri dari sekolah dan komuniti untuk memantau tahap kualiti air sungai serta pendedahan awal kepada kesedaran memelihara, menjaga dan menghargai sungai sebagai sumber air yang utama. Jadi kepada semua member
..lets do our part to save our rivers.

Sabtu, 26 Mac 2011

Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Negeri Selangor


Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menganjurkan Program Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Negeri Selangor pada:

TARIKH
2hb April 2011

TEMPAT
Dataran Kemerdekaan Shah Alam

MASA
2.00 Petang - 11.00 Malam


Aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung. Sila hubungi 03 5511 1800 untuk sebarang pertanyaan.

Rabu, 9 Februari 2011

Program Qua-Qua Bersama Sek. Men Teknik Shah Alam

Pada 9 Oktober 2010, LUAS berjaya menganjurkan Program Qua-Qua bersama pelajar-pelajar Sek Men Teknik Shah Alam.

Program yang diadakan di The Woods Resort, Ulu Yam ini telah berjaya menarik minat seramai 30 orang pelajar sekolah tersebut.


Program ini dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Perundangan) LUAS, En. Shahrin Bin Nordin.


Secara keseluruhannya, keputusan pemantauan menunjukkan kualiti air Sungai Liam adalah bersih.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya.

Tak lupa kepada fasilitator LUAS yang bertungkus lumus menjadikan program ini mencapai objektif..Thanks for u all..:-)


Rabu, 29 September 2010

Jemputan Menyertai Program Alumni Skuad Qua-Qua Bil 1/2010

Kepada Semua Yang telah Menyertai Program Qua-Qua LUAS..

Anda semua dijemput untuk menyertai Program Alumni Skuad Qua-Qua Bil 1/2010..

Tarikh : 30 & 31 Oktober 2010
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : The Jungle Lodge Resort, Jalan Bentong, Gombak.

* Program Dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali *

* Untuk maklumat lebih lanjut >>> www.luas.gov.my

Selasa, 21 September 2010

Pertandingan Mereka Cipta Logo Qua-Qua

Hadiah Menarik Menanti ANDA !!!!
TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI KELAB QUA-QUA.
TARIKH TUTUP : 8 Okt 2010
untuk MAKLUMAT LANJUT >> www.luas.gov.my

Sabtu, 7 Ogos 2010

Qua-Qua Bersama Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam



Pada 27 Mac 2010, satu Program Qua-Qua telah diadakan bersama 30 orang pelajar dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam bertujuan untuk memantau kualiti air Sg. Liam.

Program tersebut diadakan di The Woods Resort, Ulu Yam dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah LUAS, En. Nor Zamri Bin Sondor.

Secara keseluruhannya, keputusan pemantauan menunjukkan kualiti air Sungai Gombak adalah sangat bersih.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya.

Tak lupa kepada fasilitator LUAS yang bertungkus lumus menjadikan program ini mencapai objektif..Thanks for u all..:-)

Jumaat, 14 Ogos 2009

Kumpulan 1 - SMK Syed Masyor


Keputusan Pemantauan Fizikal :
  • 75 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik.

Keputusan Pemantauan Kimia :
  • Kekeruhan : 0 ntu
  • Suhu : 24 0c
  • Oksigen Terlarut : 4 ppm
  • Nitrat : <>
  • Fosfat : 1 ppm
  • pH : 6

Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 8.8 (Air Sangat Bersih)

Khamis, 13 Ogos 2009

Qua-Qua Bersama SMK Syed Masyor


Pada 23 Mei 2009, satu Program Qua-Qua telah diadakan bersama 20 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Masyor bertujuan untuk memantau kualiti air Sg. Liam.

Program tersebut diadakan di The Woods Resort, Hulu Yam Perdana dan dirasmikan oleh En. Rahim Bin Siteh selaku YDP PIBG sekolah tersebut.

Secara keseluruhannya, keputusan pemantauan menunjukkan kualiti air Sungai Liam adalah sangat bersih.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya.

Tak lupa kepada fasilitator LUAS yang bertungkus lumus menjadikan program ini mencapai objektif..Thanks for u all..:-)